X
VIDEO yang tular menunjukkan Peng membelasah ibunya. FOTO YouKu
VIDEO yang tular menunjukkan Peng membelasah ibunya. FOTO YouKu
Daily Mail

Beijing: Seorang lelaki ditangkap selepas video dia memukul ibunya yang mempunyai masalah mental semata-mata menganggap wanita itu degil dan menyepahkan rumah di bandar Changde, China, yang tular di media sosial.

Lelaki dikenali sebagai Peng itu berjaya dikesan polis selepas rakaman video dalam talian tersebar menunjukkan dia membelasah ibunya, Zhang.

Peng mengaku menyerang Zhang kira-kira jam 11 pagi pada 22 Mac lalu. Menurut Peng, ibunya sering membuatkannya marah kerana gemar ‘menghilangkan diri’ dengan bersembunyi di dalam rumah itu memaksanya membuang masa mencarinya.

Peng berkata, ibunya juga sering menyepahkan rumah walaupun sudah berulang kali ditegur secara baik dan pada hari kejadian dia hilang sabar menyebabkannya memukul wanita itu.

Peng kini ditahan kerana disyaki mendera ibunya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Mac 2018 @ 5:38 AM