Zuhainy Zulkiffli


PENGASAS Habib Jewel, Datuk Habib Mohamed Abdul Latiff, 92, meninggal dunia di kediamannya di Jalan Pinhorn, dekat Georgetown, 4.26 pagi hari ini.

Cucunya, Mohd Shamir Hamid, 34, berkata, datuknya meninggal dunia selepas dua minggu koma akibat terjatuh di bilik air di rumahnya.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Kapitan Keling selepas waktu Zohor sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Perak.


HABIB Mohamed Abdul Latiff. FOTO Facebook Habib Jewel

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 April 2018 @ 9:15 AM