MOHAMAD Hasan bersama Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta calon calon yang lain berarak ke Pusat Penamaan calon di Dewan Seri Rembau. -Foto HAZREEN MOHAMAD
Tuty Haryanti Ahmad Rodzi


PENYANDANG Penyandang DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan dipercayai menang tanpa bertanding apabila calon PKR, Dr S Streram, gagal menghantar borang penamaan calon di pusat penamaan calon di Dewan Sri Rembau di sini, hari ini.

Difahamkan, calon PKR itu tidak dibenarkan masuk kerana tidak mempunyai pas calon, manakala pencadang serta penyokongnya turut tidak dibenarkan masuk ke dewan itu kerana tidak mempunyai pas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


BERLAKU kekecohan apabila Dr S Streram yang tiada pas calon cuba merempuh masuk bersama penyokongnya ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Seri Rembau. -FOTO Hazreen Mohamad

Pegawai SPR bagaimanapun belum membuat pengumuman rasmi setakat ini.

Mohamad yang mula bertanding di kerusi itu dalam PRU-11 pada 2004, menewaskan calon PKR, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard dengan majoriti 6,199 undi.

Beliau mengekalkan rekod cemerlang dengan menewaskan calon wanita PKR, Aishah Lamsah, dua kali berturut-turut iaitu pada PRU-12 dan PRU-13, masing-masing dengan majoriti 4,613 undi dan 3,783 undi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 April 2018 @ 11:14 AM