Scha bersama suaminya, Awal masih belum sempat rai ulangtahun keenam perkahwinan. FOTO MAHZIR MAT ISA
Scha bersama suaminya, Awal masih belum sempat rai ulangtahun keenam perkahwinan. FOTO MAHZIR MAT ISA
Sudirman Mohd Tahir

ULANG tahun perkahwinan pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya bertambah manis apabila si suami memberi kejutan dengan menyorok hadiah di bawah bantal.

Dengan genap enam tahun pasangan itu mendirikan rumah tangga, hari ini, Scha berkata dia pernah dihadiahkan jam tangan dan gelang sempena hari bahagia mereka itu.

"Sebelum tidur saya suka tepuk bantal. Namun, tidak pernah menjangka dia akan letak hadiah di situ.

"Sejak awal perkahwinan lagi, dia memang suka buat kejutan, tetapi dengan cara berbeza. Bukan saja sempena ulang tahun perkahwinan, tapi juga ketika hari jadi," katanya kepada Harian Metro.

Meski dia dan suami belum sempat meraikan ulang tahun keenam perkahwinan, Scha mengakui tidak pernah melupakan setiap momen indah mereka bersama.

"Hari ini dia ada kerja di Johor Bahru. Esok masing-masing ada acara lain. Jadi, belum sempat nak raikan pun.

Apa yang pasti, setiap tahun dia tidak pernah gagal untuk bawa saya makan malam di lokasi istimewa.

"Lagi satu, sampai sekarang saya masih simpan patung beruang besar yang diberikan ketika dia melamar saya enam tahun lalu. Itu antara perkara romantik pernah dibuat suami," katanya.

Scha dan Awal berkahwin pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan anak perempuan, Lara Alana yang kini berusia empat tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Mei 2018 @ 12:56 PM