Uqasha dibebaskan dengan jaminan polis. FOTO SYAZANA ROSE RAZMAN.


"SAYA tidak 'lalok' langsung. Ujian air kencing sudah dilakukan dan keputusannya negatif," kata pelakon jelita Uqasha Senrose yang ditahan polis selepas disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Eramin 5, semalam.

Uqasha yang dibebaskan dengan jaminan polis, malam tadi enggan mengulas lanjut mengenai kejadian yang menimpanya namun tidak menolak wujud unsur sabotaj dalam kejadian itu.

“Saya tidak okey. Orang saja nak kenakan saya. Dugaan apa pula kali ini," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Terdahulu akhbar ini melaporkan seorang pelakon wanita popular ditahan polis selepas disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Eramin 5 di dalam beg tangan miliknya.

Dadah itu ditemui apabila pelakon jelita berusia 26 tahun itu dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi, jam 11.45 pagi, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Mei 2018 @ 1:03 PM