Safeek Affendy Razali; Kalbana Perimbanayagam dan Nor Azizah Mokhtar

PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkan serbuan ke atas rumah bekas Perdana Menteri, malam tadi.

Beliau yang dihubungi NSTP, malam tadi memaklumkan serbuan berkenaan dilakukan untuk tujuan penggeledahan dokumen.

Penggeledahan itu dipercayai bagi mendapatkan bahan bukti serta dokumen berkaitan siasatan ke atas Najib, bagaimanapun Amar Singh enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Saya sahkan pasukan kita hadir ke kediaman itu untuk membuat penggeledahan dokumen," katanya.

Terdahulu, lebih 15 kenderaan dan sebuah trak polis masuk ke perkarangan rumah bekas Perdana Menteri di Taman Duta di Kuala Lumpur itu kira-kira 10.15 malam tadi.

Berita berkaitan

Polis geledah satu lagi kediaman Najib

Media mula 'berkampung' depan rumah Najib

Polis geledah kediaman Najib di Taman Duta

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Mei 2018 @ 1:27 AM