Mohd Iskandar Ibrahim dan NasaruddinParzi
cnews@nstp.com.my


POLIS merampas beberapa barang dan dokumen dipercayai dari kediaman peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pavilion Residences di Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Setakat 3 pagi tadi, anggota polis dilihat meninggalkan perkarangan Pavilion Residences bersama barangan yang dirampas.

Barangan terbabit dipercayai hasil penggeledahan yang dilakukan polis sejak 10 malam tadi.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, ketika dihubungi mengesahkan serbuan ke atas rumah bekas Perdana Menteri, malam tadi.

Beliau memaklumkan serbuan berkenaan dilakukan untuk tujuan penggeledahan tetapi enggan mengulas lanjut.

Pada 10.15 malam tadi, lebih 15 kenderaan dan trak polis turut dilihat memasuki pekarangan rumah Najib di Taman Duta.

Kumpulan pegawai dan anggota polis dipercayai melakukan serbuan serentak bagi mendapatkan bukti.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Mei 2018 @ 3:52 AM