DUA individu dilihat berjalan masuk ke pekarangan kediaman Najib. FOTO Mohd Yusni Ariffin
Mohd Hasbi Sidek dan Nurul Hidayah Bahaudin
cnews@nstp.com.my


TINDAKAN polis melarang kenalan rapat melawat Datuk Seri Najib Razak di kediaman bekas Perdana Menteri itu disifatkan sebagai tidak munasabah dan melanggar prinsip demokrasi.

Seorang lelaki, Abdul Rahim Abdul Rahman, 65, berkata beliau sebagai rakan seperjuangan terkilan apabila tidak dibenarkan untuk memberi sokongan moral ketika Najib menghadapi pelbagai tohmahan pihak tertentu.

“Saya tidak setuju dengan tindakan ini (polis tidak benarkan rakan melawat Najib).

“Saya juga tidak status Najib sekarang sama ada ditahan di dalam rumahnya atau sebaliknya.

“Pada masa ini, sepatutnya saya dan beberapa rakan lain berjumpa dengan Najib pada jam 12 tengah hari ini (tadi).

“Walaupun dilarang melawat Najib, kami akan terus setia menunggu (sehingga dibenarkan untuk berjumpa dengan Najib),” katanya ketika ditemui di pekarangan kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di Kuala Lumpur, hari ini.

Ketika ditanya kali terakhir bertemu dengan bekas Perdana Menteri itu, katanya, beliau bersua muka dengan Najib ketika menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di ibu negara, minggu lalu.

“Ketika itu, beliau (Najib) nampak tenang.

“Tidak terkesan dengan sebarang fitnah,” katanya.

Berita berkaitan

[UPDATE] Rampas barang peribadi sahaja - Peguam Najib [METROTV]

Bawa keluar barang rampasan [METROTV]

Polis masih di kediaman Najib

'[UPDATE] Polis sah geledah dokumen di rumah Najib'

'[UPDATE] Polis 'masuk' satu lagi kediaman Najib'

'[UPDATE] Media mula 'berkampung' depan rumah Najib'

'[UPDATE] Polis 'masuk' kediaman Najib di Taman Duta [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Mei 2018 @ 12:57 PM