DR Mahathir pada sidang media di Petaling Jaya, hari ini. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Wartawan NSTP
cnews@nstp.com.my


TUN Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau tidak dimaklumkan mengenai serbuan yang dilakukan polis di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam.

Perdana Menteri berkata, serbuan itu dipercayai dilakukan selepas polis mempunyai alasan kukuh untuk menyiasat kediaman Najib di Taman Duta dan di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur.

"Saya pun tak dapat maklumat (mengenai serbuan). Ini kerja polis.

"Saya percaya serbuan ini dilakukan kerana polis mempunyai cukup alasan untuk melaksanakannya.

"Kita beri tugas kepada polis untuk menyiasat semua kes jenayah tanpa mengira siapa yang terbabit dan terpulang pada mereka yang menjalankan penyiasatan (untuk bertindak)," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Petaling Jaya, hari ini.

Beliau mengulas serbuan polis di kediaman Najib dengan lebih 15 kenderaan dan trak polis masuk ke pekarangan rumah bekas Perdana Menteri itu di Taman Duta, jam 10.15 malam semalam, Puluhan anggota dan beberapa pegawai kanan Bukit Aman turut kelihatan di kediaman peribadi Najib di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur.

Peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal memberitahu pemberita awal pagi ini bahawa beberapa barangan peribadi seperti beg tangan, pakaian serta hadiah dirampas dari kediaman itu.

Berita berkaitan

'Setia menunggu mahu bertemu Najib'

[UPDATE] Rampas barang peribadi sahaja - Peguam Najib [METROTV]

Bawa keluar barang rampasan [METROTV]

Polis masih di kediaman Najib

'[UPDATE] Polis sah geledah dokumen di rumah Najib'

'[UPDATE] Polis 'masuk' satu lagi kediaman Najib'

'[UPDATE] Media mula 'berkampung' depan rumah Najib'

'[UPDATE] Polis 'masuk' kediaman Najib di Taman Duta [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Mei 2018 @ 3:52 PM