NAJIB Razak. FOTO Arkib NSTP
Wartawan NSTP


BEKAS Perdana Menteri memohon diletakkan di bawah program perlindungan saksi berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana mendakwa beliau dan keluarganya menerima pelbagai ugutan dan ancaman.

Datuk Seri Najib Razak dilaporkan sudah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul berhubung perkara itu pada jam 5 petang semalam.

Bercakap dalam wawancara eksklusif bersama akhbar The Malay Mail, petang tadi, Najib mendakwa. wujud ugutan terhadap dirinya dan keluarga menyebabkan beliau membuat permohonan rasmi untuk diletakkan di bawah program perlindungan saksi.

Menurut bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu dalam laporan polisnya, sumber ugutan itu datangnya bukan saja dari dalam negara, malah dari luar negara.

Difahamkan, ugutan juga datang daripada individu yang ada kaitan dan tidak ada kaitan secara langsung dengan dana 1MDB di luar negara.

Dalam pada itu, menerusi laporan polis itu juga, Najib mendakwa pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) pertama kali muncul di kediamannya pada malam 10 Mei iaitu sehari selepas Pilihan Raya umum ke-14 (PRU-14)

Beliau menyatakan, pihak JSJK berada di kediamannya selama 18 jam dan merampas pelbagai barangan miliknya serta anaknya yang tidak kaitan dengan 1MDB.

Menerusi laporan itu juga, Najib mendakwa polis turut menyerbu tiga premis kediaman di Pavilion Tower, di Kuala Lumpur dan merampas barang kemas, wang tunai dan barangan peribadi lain yang didakwa adalah hadiah pemberian rakannya.

Beliau turut mendakwa wang tunai yang dirampas dalam serbuan itu juga adalah wang sumbangan yang diterima untuk kegunaan kempen pilihan raya BN.

Selain itu, katanya pihak polis juga gagal menunjukkan senarai barangan yang dirampas dalam kesemua serbuan terbabit.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan mendakwa, dia hanya berperanan sebagai penasihat dalam 1MDB dan tidak terbabit dengan sebarang proses membuat keputusan, yang mana keputusan berkaitan urusan 1MDB dibuat oleh lembaga pengarah dan pihak pengurusan.

Dalam laporan polis, beliau juga mendakwa bahawa wang berjumlah RM2.6 bilion yang diterimanya adalah derma yang diterima keluarga diraja Saudi.

Sejak Rabu lalu, polis menjalankan serbuan serentak di enam lokasi iaitu di Pejabat Perdana Menteri, Seri Perdana, Putrajaya dan empat kediaman peribadinya iaitu sebuah banglo di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di mana beliau dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor kini tinggal, dan tiga unit kondominium mewah di Block A dan B dari Pavillion Residences di ibu negara.

Siasatan polis ke atas Najib dilakukan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

Najib dan Rosmah turut disenarai hitam daripada meninggalkan negara ini oleh Jabatan Imigresen, tetapi bebas untuk melancong di mana sahaja di dalam negara.

Berita berkaitan

'Najib yang perlu hadir ke SPRM'

SPRM panggil Najib beri keterangan

[UPDATE] 72 bagasi, 284 kotak dirampas polis

[UPDATE] Lima trak polis punggah bukti

[UPDATE] Polis bawa keluar bagasi, kotak

6 kereta polis meninggalkan kediaman Najib

Najib tidak puas hati polis geledah terlalu lama

10 jam menggerudi peti besi Najib

Panggil tukang kunci buka peti besi Najib

Terpulang pada polis - Tun M

'Setia menunggu mahu bertemu Najib'

Rumah anak Najib pun diserbu

Polis belum beredar dari rumah Najib

Rampas barang peribadi sahaja - Peguam Najib

Bawa keluar barang rampasan [METROTV]

Polis masih di kediaman Najib

Polis sah geledah dokumen di rumah Najib

Polis 'masuk' satu lagi kediaman Najib

Media mula 'berkampung' depan rumah Najib

Polis 'masuk' kediaman Najib di Taman Duta [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Mei 2018 @ 10:26 PM