KAWALAN polis di laluan masuk ke kediaman Najib jam 10 malam tadi. FOTO Hafiz Sohaimi
Mohd Azam Shah Yaacob


PEGUAM Datuk Harpal Singh Grewal dan M Athimulan menarik diri sebagai peguam mewakili bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Harpal Singh ketika dihubungi mengesahkan menarik diri selepas mengadakan pertemuan dengan Najib di kediamannya di Langgak Duta, Taman Duta, semalam.

"Ya, saya sahkan sudah menarik diri sebagai ahli guaman mewakili Najib.

"Selain saya, seorang lagi rakan iaitu Athimulan turut menarik diri," katanya.

Dalam perbualan itu Harpal Singh menyatakan dia serta Athimulan menarik diri secara sukarela dan bukannya dipecat oleh Najib.

Difahamkan, kumpulan guaman mewakili Najib kini diambil alih oleh bekas Peguam Cara Negara iaitu Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan enam lagi rakannya.

Berita berkaitan

'Najib boleh kena tindakan...'

'Najib yang perlu hadir ke SPRM'

SPRM hadir di rumah Najib, Selasa ini

SPRM panggil Najib beri keterangan

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Mei 2018 @ 12:53 AM