KERETA membawa Dr Mahathir masuk ke Kompleks Perdana Putra untuk menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri Kabinet yang pertama, pagi ini. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
KERETA membawa Dr Mahathir masuk ke Kompleks Perdana Putra untuk menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri Kabinet yang pertama, pagi ini. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Azura Abas dan Mohd Husni Mohd Noor


KERETA membawa Menteri Kabinet mula tiba di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya pada 8.20 pagi untuk mesyuarat pertama Kabinet Pakatan Harapan (PH).

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat tiba pada 8.25 pagi.

Dr Mahathir dijadualkan mempengerusikan mesyuarat pertama selepas PH memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), 9 Mei lalu.

Kali terakhir mesyuarat Kabinet dipengerusikan Dr Mahathir lebih sedekad lalu.

Antara agenda dijangka dibincangkan pada mesyuarat berkenaan adalah beberapa penambahbaikan kepada dasar sedia ada selain isu mengenai kajian semula projek di bawah kerajaan terdahulu dan manifesto PH.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata pentadbiran kerajaan dengan pimpinan Dr Mahathir diyakini akan mencapai kejayaan untuk menjamin kesejahteraan hidup rakyat dan kemajuan negara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Mei 2018 @ 9:14 AM