Wartawan NSTP


BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 9.45 pagi hari ini.

Beliau hadir bagi memberi keterangan kali kedua berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd, iaitu anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Najib tiba dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire Putih menggunakan nombor pendaftaran QMN11.

Beliau dilihat berpakaian kemeja putih dan mengenakan kot berwarna hitam serta berseluar kelabu.

Bekas Perdana Menteri itu turut diiringi dua kenderaan lain termasuk dua anggota polis pengiring.

Tinjauan di lobi Ibu Pejabat SPRM mendapati lebih 100 pengamal media daripada pelbagai agensi berita tempatan dan asing mula berkumpul sejak 7 pagi bagi mengikuti perkembangan siasatan kes berkenaan.

Selasa lalu, Najib hadir kali pertama dan meluangkan masa hampir lima jam bagi memberi keterangan kepada SPRM berhubung siasatan kes SRC International.

Berita berkaitan

'[UPDATE] Najib sambung beri keterangan lusa [METROTV]'

'Najib ceria tiba di ibu pejabat SPRM [METROTV]'

'Tunggu Najib keluar ke pejabat SPRM'

'Najib boleh kena tindakan...'

'Najib yang perlu hadir ke SPRM'

SPRM hadir di rumah Najib, Selasa ini

SPRM panggil Najib beri keterangan

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Mei 2018 @ 10:08 AM
NAJIB tiba di Ibu Pejabat SPRM pada 9.45 pagi bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd. FOTO Mohd Fadli Hamzah
NAJIB tiba di Ibu Pejabat SPRM pada 9.45 pagi bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd. FOTO Mohd Fadli Hamzah