Wartawan NSTP


PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkan 35 beg dirampas pihaknya dari sebuah unit kediaman di Pavillion Residences Apartment, Kuala Lumpur, Jumaat lalu, mengandungi wang tunai berjumlah RM114 juta.

Pada sidang media khas di Ibu Pejabat JSJK hari ini, beliau memaklumkan hanya 35 beg daripada 72 beg dirampas mengandungi wang tunai manakala 37 lagi berisi barang kemas dan jam tangan mewah.

Amar Singh berkata, wang tunai dirampas itu membabitkan mata wang Ringgit Malaysia termasuk 26 pelbagai mata wang asing.

“Kami mengambil masa tiga hari untuk mengira jumlah semua wang itu dengan bantuan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Islam.

“Bagaimanapun nilai barang kemas dan jam tangan di dalam baki 37 beg lagi masih belum dapat dipastikan setakat ini,” katanya.

Amar Singh turut menegaskan semua gambar beg tangan, jam tangan dan wang tunai dirampas yang tular di media sosial dan disiarkan di media cetak sebelum ini adalah palsu.

Beliau berkata, ini berikutan semua pegawai dan anggota tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ketika pemeriksaan dan pihaknya hanya menggunakan kamera polis.

Berita berkaitan

[UPDATE] 72 bagasi, 284 kotak dirampas polis

[UPDATE] Lima trak polis punggah bukti

[UPDATE] Polis bawa keluar bagasi, kotak

6 kereta polis meninggalkan kediaman Najib

Najib tidak puas hati polis geledah terlalu lama

10 jam menggerudi peti besi Najib

Panggil tukang kunci buka peti besi Najib

Terpulang pada polis - Tun M

'Setia menunggu mahu bertemu Najib'

Rumah anak Najib pun diserbu

Polis belum beredar dari rumah Najib

Rampas barang peribadi sahaja - Peguam Najib

Bawa keluar barang rampasan [METROTV]

Polis masih di kediaman Najib

Polis sah geledah dokumen di rumah Najib

Polis 'masuk' satu lagi kediaman Najib

Media mula 'berkampung' depan rumah Najib

Polis 'masuk' kediaman Najib di Taman Duta [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Mei 2018 @ 12:07 PM
AMAR Singh (kiri) ketika sidang media di Ibu Pejabat JSJK Menara KPJ Jalan Tun Razak. -Foto LUQMAN HAKIM ZUBIR