Hartini Mohd Nawi


KAWASAN lapang yang pada hari tertentu lengang kembali berubah wajah setiap petang Rabu, Sabtu dan Ahad.

Bayangkan semua makanan laris terjual sebaik saja pasar malam ini dibuka beberapa jam sekitar jam 5 petang hingga jam 10 malam.

Di setiap gerai makanan dan minuman peniaga tidak menang tangan, gerai gajet dikerumuni dan ramai juga yang berbaris panjang di kaunter perkhidmatan kiriman wang ke negara as al.

Tidak terkecuali gerai pakaian yang turut menarik p er hat ian.

Di satu sudut lain, kelihatan pelbagai ragam pengunjung yang seronok menikmati makanan di tepi jalan sambil berbual mesra dengan rakan sekerja.

Itu sebahagian senario yang penulis saksikan sendiri ketika mengunjungi pasar malam di tapak berhampiran Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), dekat sini, sempena lawatan media anjuran Petronas.

Mengamati pengalaman itu, penulis bagaikan berada di bumi asing dek kerana pasar malam itu diserbu pekerja projek berkenaan kebanyakan warga asing yang baru saja menamatkan sesi bekerja.

Berada di tengah lautan manusia dalam suasana hingar-bingar, pelbagai jenis bahasa pertuturan kedengaran membuatkan pasar malam itu begitu unik berbanding biasa.

Difahamkan, kira-kira 4,000 pekerja dari 65 negara yang tamat sesi bekerja membanjiri pasar malam itu pada satu-satu masa. Kepelbagaian itu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak sama ada pengunjung atau peniaganya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Mei 2018 @ 1:56 PM
PASAR malam di PIC dibanjiri 4,000 pekerja dari 65 negara pada satu masa. FOTO Hafiz Sohaimi
PASAR malam di PIC dibanjiri 4,000 pekerja dari 65 negara pada satu masa. FOTO Hafiz Sohaimi
PASAR Malam di PIC. FOTO Hafiz Sohaimi
PASAR Malam di PIC. FOTO Hafiz Sohaimi
PASAR malam di PIC dibanjiri 4,000 pekerja dari 65 negara pada satu masa. FOTO Hafiz Sohaimi
PASAR malam di PIC dibanjiri 4,000 pekerja dari 65 negara pada satu masa. FOTO Hafiz Sohaimi
Kabinet Malaysia 2020