Surat peletakan jawatan Md Raus (kiri) dan Zulkefli sudah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Irwan Shafrizan Ismail
irwansha@nstp.com.my

PELETAKAN jawatan Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkuat kuasa pada 31 Julai depan.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, berkata peletakan jawatan itu sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, pada Jumaat lalu dan dimaklumkan melalui surat Setiausaha Sulit, Bahagian Urusan Diraja, Istana Negara pada Isnin lalu.

“€œPada 15 Mei lalu, Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan bertemu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan sudah menyampaikan hasrat Yang Amat Arif untuk meletakkan jawatan.

“€œWalaubagaimanapun, Yang Amat Arif (Md Raus dan Zulkefli) memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa pada tarikh yang munasabah untuk membolehkan segala urusan kehakiman diselesaikan.

“€œSelaras dengan pertimbangan sedemikian, Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan telah mengutus surat peletakan jawatan masing-masing kepada Yang di-Pertuan Agong pada 7 Jun dan peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa pada 31 Julai 2018,” katanya dalam kenyataan di Putrajaya hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Jun 2018 @ 11:46 AM