GOL kemenangan Kroos berjaya hidupkan kembali peluang buat Jerman. -Foto Reuters
GOL kemenangan Kroos berjaya hidupkan kembali peluang buat Jerman. -Foto Reuters
Reuters

SOCHI: Jaringan dramatik Toni Kroos pada lewat permainan memberi kemenangan 2-1 Jerman ke atas Sweden untuk menghidupkan harapan mereka layak ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2018.

Kroos melakukan sepakan lencong yang menarik untuk memberi tiga mata berharga buat juara dunia empat kali yang kini berkongsi mata bersama Sweden dalam Kumpulan F, tiga mata di belakang Mexico yang mengumpul enam mata.

PEMAIN Jerman meraikan kemenangan ke atas Sweden dalam aksi Kumpulan F. -Foto EPA
PEMAIN Jerman meraikan kemenangan ke atas Sweden dalam aksi Kumpulan F. -Foto EPA

Sweden mendahului pada minit ke-32 hasil jaringan Ola Toivonen yang mengambil kesempatan daripada kesilapan Kroos yang terlepas bola di bahagian tengah.

Marco Reus bagaimanapun menyamakan kedudukan pada minit ke-48 selepas menyudahkan hantaran lintang Timo Werner.

Jerman terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Jerome Boateng diperintah keluar padang pada minit ke-82, namun tetap berjaya meraih kemenangan hasil jaringan Kroos pada masa kecederaan.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Jun 2018 @ 4:25 AM