Muhammad Saufi Hassan dan Syazwan Msar

Kuala Lumpur : “Alhamdulillah, kami diberi sedikit kelebihan untuk membangunkan aplikasi bagi membantu kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) mengenali al-Quran dan kami lakukan ini juga sebagai bekalan amal kebajikan tatkala kami sudah tiada kelak.

“Semoga setiap amal kebajikan kami ini diterima Allah,” demikian kata Dr Unaizah Hanum Obaidellah yang juga Ketua Projek Aplikasi Tilawah Asyraaf berhubung inisiatif kumpulan penyelidik itu untuk membangunkan sebuah aplikasi mengenali al-Quran untuk kanak-kanak OKU.


DR Unaizah Hanum menunjukkan fungsi dan cara penggunaan aplikasi. FOTO NSTP

Dr Unaizah Hanum yang juga pensyarah di Jabatan Kepintaran Buatan (AI), Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya (UM) berkata, idea untuk membina aplikasi ini wujud selepas melihat pembelajaran kanak-kanak OKU untuk mengenali huruf dalam al-Quran secara manual.

Beliau berkata, usaha kumpulan penyelidik itu bukan saja kaedah alternatif untuk membantu kanak-kanak OKU malah sebahagian daripada kerja amal mengembangkan syiar Islam.

Dapatkan berita selanjutnya di akhbar Harian Metro hari ini

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Jun 2018 @ 5:34 AM