X
Muhammad Saufi Hassan

Kuala Lumpur: Biarpun remaja ini disahkan mengalami Cerebral Palsy (CP) dan dilahirkan dalam keadaan pramatang ketika kandungan berusia tujuh bulan namun seawal usia empat tahun sudah mampu untuk menghafaz 30 juzuk al-Quran.

Lebih mengagumkan apabila individu istimewa ini hanya mengambil masa kira-kira enam bulan untuk menghafaz kitab suci berkenaan walaupun mengalami kelumpuhan otak.

Anugerah Allah yang mengurniakan kehebatan daya ingatan kepada Fajar Abdurokhim Joko Wahyudiono, 14, membuktikan keagungan Tuhan sehingga mampu duduk sebaris bersama remaja normal lain.

FAJAR yang ditemani bapanya, Joko Wahyudiono memperdengarkan bacaan al-Quran di Masjid Saidina Uthman, Bandar Tun Razak. FOTO Aizuddin Saad
FAJAR yang ditemani bapanya, Joko Wahyudiono memperdengarkan bacaan al-Quran di Masjid Saidina Uthman, Bandar Tun Razak. FOTO Aizuddin Saad

Fajar Abdurokhim yang bercita-cita untuk menjadi Imam Besar Masjidil Haram, Makkah dan ulama terbilang di kota suci itu masih giat mendalami ilmu agama termasuk mengikuti kelas pengajian hadis.

“Saya mahu jadi Imam Besar di Masjidil Haram dan ulama besar di Makkah. Allahu Akbar,” katanya ringkas.

Dapatkan berita selanjutnya di akhbar Harian Metro hari ini

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Jun 2018 @ 7:22 AM