Murni Wan Omar


“TIDAK bersalah dan mohon dibicarakan,” kata Datuk Seri Najib Razak selepas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM42 juta dibacakan terhadapnya sekali lagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Peguam Negara Tommy Thomas memberitahu mahkamah bahawa walaupun pertuduhan yang dikenakan terhadap Najib adalah kesalahan tidak boleh dijamin, bagaimanapun pihaknya tidak membantah sebarang jaminan diberikan.

Beliau menawarkan jaminan RM4 juta dengan dua orang penjamin tanpa syarat tambahan.

Sementara itu, peguam Najib iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membantah jumlah itu dan mendakwa ia terlalu tinggi.

Beliau kemudian memberitahu mahkamah bahawa dua anak bekas Perdana Menteri itu akan menjadi penjamin kepada bapa mereka.

Muhammad Shafee memohon jaminan antara RM500,000 hingga RM800,000 dikenakan terhadap Najib, dan turut memaklumkan anak guamnya akan mencagarkan rumahnya berikutan akaun bank ahli keluarganya dibekukan .

Bagaimanapun, Tommy membantah rayuan pembelaan sambil mendakwa jaminan sebanyak RM4 juta adalah jumlah yang wajar.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Sofian Abd Razak membenarkan jaminan sebanyak RM1 juta dengan dua penjamin terhadap Najib serta memerintahkan dua pasport miliknya diserahkan kepada mahkamah.

Berita berkaitan

Peguam Najib berkumpul di Langgak Duta

Hari saya berdepan dugaan dunia - Najib

Penyokong Najib berhimpun

Najib mungkin hadapi 10 pertuduhan

Najib bermalam di lokap SPRM

Najib tiba di SPRM Putrajaya

Najib didakwa esok

Najib Razak ditahan

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Julai 2018 @ 11:04 AM
NAJIB (tengah) menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan rasuah, hari ini. FOTO Muhd Zaaba Zakeria