Amirul Haswendy Ashari
haswendy@hmetro.com.my


PELAKON, Adam Corrie Lee Abdullah, 50, akhirnya menimang cahaya mata, hari ini selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, 40.

Melalui perkongsian di laman sosial Instagramnya, Adam mengumumkan isterinya selamat melahirkan anak lelaki mereka sekitar jam 4 petang tadi di sebuah pusat perubatan pakar swasta di Kuala Lumpur.

"Alhamdulillah, bidadari saya selamat melahirkan BabyLee tadi. Jutaan terima kasih mendoakan kesejahteraan kami.

"Senyum selalu, selalu bersangka baik, Insya Allah hati tenang," tulisnya beserta tanda pagar #adamcorrie #babylee #adamfazi.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif serta ucapan tahniah daripada pengikut dan rakan artis.

Adam Corrie memeluk Islam pada tahun 2007 dan berkahwin dengan Fazema setahun kemudian.

Imbas kembali, pelakon dikenali dengan watak antagonis menerusi filem KL Gangster itu pernah mengumumkan berita kehamilan isterinya menerusi akaun Instagram pada Mac lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Julai 2018 @ 6:59 PM