X
AMAR Baharin bersama isterinya, Amyra Rosli dan anaknya, Aqeef Anaqi pada Majlis Rumah Terbuka Amar Baharin dan Amyra Rosli di Ampang. FOTO Nurul Shafina Jemenon
AMAR Baharin bersama isterinya, Amyra Rosli dan anaknya, Aqeef Anaqi pada Majlis Rumah Terbuka Amar Baharin dan Amyra Rosli di Ampang. FOTO Nurul Shafina Jemenon
Ridzuan Abdul Rahman


AMAR Baharin dan Amyra Rosli kekal dengan prinsip elak berlakon bersama sebagai suami isteri jika skrip dan dialog dianggap tidak sesuai.

Mereka mengambil pendekatan berhati-hati agar ia tidak menjejaskan rumah tangga mereka.

"Sebelum ini pun ada kes pelakon suami isteri yang digandingkan di set penggambaran dan timbul isu berkenaan skrip. Difahamkan, akan jatuh hukum apabila si suami atau isteri mengucapkan dialog dalam lakonan mereka.

"Ini buat kami lebih berhati-hati sebelum terima sesuatu tawaran. Saya sebenarnya tiada masalah digandingkan dengan Amyra. Cuma saya harap penulis skrip dan penerbit faham dengan situasi kami berdua.

"Kami tak nak mulanya kami setuju berlakon tapi akhirnya tak boleh buat hanya kerana masalah ini. Ia akan turut menyusahkan orang lain dan itulah yang kami cuba elakkan. Namun sekiranya penulis skrip dan penerbit boleh bekerjasama, kami bersetuju berlakon," kata Amar kepada Harian Metro.

Menurut Amyra pula, mereka sentiasa bersikap terbuka untuk terima tawaran sekiranya ditawarkan berlakon sebagai pasangan adik beradik dan kawan rapat.

"Kami tak nak melanggar hukum agama. Pernah kami ditawarkan berlakon sebagai suami isteri dalam satu telefilem yang ceritanya sangat bagus.

"Ikutkan ia dah okay tapi ada satu babak yang memerlukan kami berpisah dan keluarkan dialog yang kurang sesuai.

"Bagi mengelakkan apa-apa masalah, kami ambil keputusan menarik diri dan tempat itu digantikan dengan pelakon lain," katanya.

Amar dan Amyra pernah digandingkan bersama menerusi drama bersiri Jadikan Aku Yang Kedua arahan Rashir Sibir yang disiarkan di saluran Astro Oasis pada tahun lalu.

Pasangan ini berkahwin pada 11 November 2016 dan kini mempunyai cahaya mata lelaki yang dinamakan Aqeef Anaqi yang dilahirkan pada 15 Oktober tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Julai 2018 @ 3:11 PM
Digital NSTP Subscribe