KUALA LUMPUR: Legenda tinju Filipina, Manny Pacquiao yang baru menjuarai cabaran welterweight Persatuan Tinju Dunia (WBA) di sini belum memikirkan calon lawannya selepas ini kerana mahu pulang ke negaranya untuk menikmati kejayaan menewaskan Lucas Matthysse pada 'Fight of Champions' di Arena Axiata, hari ini.

Senator Filipina berusia 39 tahun itu menghadiahkan kejayaan itu kepada Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan ibunya Dionesia Dapidran serta ahli keluarga yang hadir di Kuala Lumpur menyaksikan pertarungan itu.

Pacquiao memenangi gelaran itu menerusi kiraan teknikal KO pada pusingan ketujuh daripada 12 pusingan yang ditetapkan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Julai 2018 @ 12:51 PM
Pacquiao (kiri) menewaskan petinju Argentina, Lucas Matthysse di Kuala Lumpur. FOTO AFP