Permohonan maaf Syazwan yang mengkritik cara Janna mengendalikan program Melodi. FOTO HM Digital/fail HM Digital
Permohonan maaf Syazwan yang mengkritik cara Janna mengendalikan program Melodi. FOTO HM Digital/fail HM Digital
Rudy Imran Shamsudin


PELAKON popular, Janna Nick menjelaskan, soal dia memaafkan Syazwan Zulkifli atau tidak kerana mengkritiknya membabitkan corak persembahan dalam mengendalikan program Melodi, Ahad lalu tidak perlu dipertikaikan.

Janna, menerusi syarikat pengurusannya LOL Entertainment menganggap kritikan pelakon terkenal menerusi watak antagonis itu sebagai teguran agar menjadi pengacara lebih baik di masa akan datang.

Kritikan dimuat naik Syazwan di laman Twitter miliknya, semalam, menjadi perhatian umum malah ramai bersetuju dengan dakwaan dibuat oleh Syazwan.

Malah pelakon, Aiman Hakim Redza turut mengkritik persembahan Janna selaku pengacara tetap mengendalikan program infotainment popular disiarkan TV3 itu.

Biarpun begitu, Janna kelihatan positif menerima kritikan menerusi kenyataan balas di laman Twitter miliknya, hari ini.

Kata Janna, dia menghargai kritikan serta pandangan pihak lain demi mendidik dirinya menjadi pengacara lebih baik.

Harian Metro semalam menyiarkan pemohonan maaf Syazwan yang mengkritik cara Janna mengendalikan program Melodi yang menyinggung perasaan pelakon wanita itu termasuk peminatnya.

Berita berkaitan:'Maafkan saya Janna'

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Julai 2018 @ 7:32 PM