Jenazah bayi Muhammad Azhari Zul Azri, satu tahun lapan bulan yang mati terjerut tali bidai di rumahnya di Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut. FOTO/ROSLI ILHAM

 Rosli Ilham

BAYI lelaki maut dipercayai terjerut tali bidai tingkap di rumahnya di Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), dekat Dungun, semalam.

Muhammad Azhari Zul Azri, 20 bulan, disedari terjerut tali terbabit oleh ibunya, Noryasmin Mat Yasin pada 6.50 petang.

Sebelum kejadian, kanak-kanak itu dikatakan bermain bersama kembarnya ketika ibunya mengerjakan solat Asar di dalam bilik rumah berkenaan, manakala abang dan kakaknya berusia lingkungan tiga hingga empat tahun berada tidak jauh dari mangsa.

Mangsa dikatakan bermain di atas sofa bersebelahan dengan bidai itu sebelum dipercayai terjatuh dan lehernya terjerut dengan tali bidai terbabit.

Sebaik selesai mengerjakan solat, ibu mangsa terkejut mendapati mangsa tidak sedarkan diri sebelum menghubungi suaminya, Zul Azri Hashim, 39.

Zul yang bekerja sebagai penyelia projek bergegas pulang ke rumah dan mengejarkan anak mereka ke Klinik Kesihatan AMBS untuk mendapatkan rawatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Julai 2018 @ 7:42 AM