Audrey Dermawan
audreymd@nst.com.my


KAPAL membawa muatan ikan karam dipercayi akibat pelanggaran di perairan Permatang Damar Laut, Pulau Pinang, hari ini.

Dipercayai, kejadian itu turut mengakibatkan tumpahan minyak di kawasan itu.

Asal serta identiti kapal itu belum diketahui tetapi terdapat beberapa huruf bahasa Cina pada badan kapal itu.

Jumlah anak kapal yang berada di dalam kapal itu ketika kejadian belum diketahui.

Bagaimanapun, Bernama melaporkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berkata, semua kru kapal selamat.


KAPAL kargo hampir tenggelam berhampiran Pantai Permatang Damar Laut, Pulau Pinang. FOTO ihsan Pembaca

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Julai 2018 @ 1:20 PM