Suraya Roslan dan Yusmizal Dolah Aling
cnews@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Hati-hati dengan kewujudan emas palsu di pasaran yang kebanyakan dibawa masuk dari negara jiran menggunakan label emas 916 dan berkualiti tinggi namun sebenarnya dicampur dengan bendasing.

Malah tidak mustahil ia turut dijual di kedai gah dan kompleks beli-belah bagi mengaburi mata pengguna tanpa menimbulkan sebarang syak kerana menyangkakan semua barangan kemas mutunya hampir sama dengan emas tulen.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Datuk Abibullah Samsudin berkata, sebanyak 4.4 juta transaksi gadaian emas direkodkan dari 2000 hingga Jun lalu di seluruh 212 cawangan Ar-Rahnu YaPEIM dan pihaknya mengesan 400 kes gadaian emas palsu berjumlah RM400,000 dilakukan sama ada oleh individu mahu pun sindiket.


ABIBULLAH menunjukkan barangan kemas disadur dengan emas yang dikesan YaPEIM. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

“Jumlah ini diperoleh melalui pelanggan yang datang untuk menguji ketulenan emas berikutan kami mempunyai mesin teknologi sinar-X, alat densimeter, teknologi ultrasonik serta kaedah batu asah dan asid di cawangan Ar-Rahnu YaPEIM.

“Sejak penubuhan Ar-Rahnu YaPEIM pada 2000, sebanyak 4.4 juta transaksi gadaian emas dilakukan 3.3 juta pelanggan di semua cawangan membabitkan jumlah pinjaman RM8 bilion dengan nilai emas disimpan bernilai RM12 bilion,” katanya dalam temu bual bersama Harian Metro.

Dapatkan berita penuh di akhbar Harian Metro hari ini

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Ogos 2018 @ 11:47 AM