Wartawan NSTP

MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diikat jamin sebanyak RM3.5 juta dengan seorang penjamin atas empat pertuduhan salah guna kedudukan dan 21 pertuduhan membabitkan aktiviti penggubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion.

Beliau dibenarkan membayar wang jaminan itu juta secara ansuran dengan membayar RM1 juta esok dan selebihnya sehingga 28 September ini.

Sementara itu operasi Kaunter Jaminan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dilanjutkan sehingga jam enam petang bagi urusan pembayaran wang jaminan Najib.

Kebiasaannya kaunter itu ditutup pada jam 4 petang.

Maklumat itu diperoleh daripada sumber ketika membuat tinjauan di kaunter berkenaan yang terletak di Aras B1 kompleks mahkamah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 September 2018 @ 5:31 PM
Digital NSTP Subscribe