Betis Janna jadi persoalan dalam kalangan netizen. FOTO fail HM Digital/FB


PELAKON Janna Nick enggan mengambil pusing mengenai kritikan netizen yang ‘mengaibkan’ bentuk fizikalnya ketika mengacarakan program Melodi, Ahad lalu.

Janna berkata, dia tidak faham dengan sikap segelintir orang yang mempersoalkan betisnya kelihatan besar sebagai satu isu.

"Betis pun jadi isu. Bukan nak jadi bini depa pun. Betis besar inilah yang selama ini bagi saya makan tau.

"Cakap lah apapun, saya dah tiada hati nak layan. Selepas membawakan karakter Leftenan Zana lagilah tiada perasaan," seloroh Janna Nick.

Terdahulu penampilan Janna Nick ketika mengacarakan program Melodi dikritik netizen apabila pandangan mata netizen tertumpu kepada betis pelakon itu yang dikatakan bersaiz besar.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 September 2018 @ 4:05 PM