Che Ta bersyukur anaknya, Aaisyah (kiri) tidak meragam dan berjaga tengah malam. FOTO HM Digital/IG Che Ta
Che Ta bersyukur anaknya, Aaisyah (kiri) tidak meragam dan berjaga tengah malam. FOTO HM Digital/IG Che Ta
Sudirman Mohd Tahir


PELAKON popular Rozita Che Wan mendedahkan anak perempuannya iaitu Aaisyah Dhia Rana, 4, tidak pernah meragam dan berjaga tengah malam.

Perkara itu dikongsikan Rozita, 45, atau mesra disapa Che Ta sempena ulang tahun kelahiran puteri tunggalnya itu hari ini.

"Syukur alhamdulillah, Allah kurniakan saya anak bertuah ini. Sejak lahir tak pernah menangis apatah lagi meragam dan berjaga tengah malam.

"Walaupun waktu itu sudah 17 tahun tak beranak kecil, tapi saya tetap tak rasa macam ada anak kecil sebab Aaisyah akan nenen (menyusu) jam 12 malam dan terjaga semula jam 7 pagi. Betul-betul bagi saya tidur puas dalam pantang," katanya.

Menerusi status sama yang dimuat naik di Instagram, Che Ta yang juga pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan berharap dapat membesarkan anaknya dengan sempurna.

"Sempena hari jadi Aaisyah yang keempat ini, doa saya supaya saya mampu besarkan Aaisyah sesempurna mungkin.

"Semoga Aaisyah membesar sebagai anak yang baik, cerdik, sihat dan sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah, Aamiin," katanya.

Status dimuat naik Che Ta itu mendapat hampir 15,000 'likes' dan lebih 200 ucapan di ruangan komen dalam tempoh sejam.

Aaisyah Dhia Rana adalah anak hasil perkahwinan Che Ta bersama pelakon, Zain Saidin.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 November 2018 @ 5:03 PM