Che Ta dan Zain rai ulang tahun kelima perkahwinan mereka. FOTO IG
Che Ta dan Zain rai ulang tahun kelima perkahwinan mereka. FOTO IG
Sudirman Mohd Tahir


“ORANG kata kalau nak tahu suami tu bahagia atau tak, tengoklah saiz badan sebelum dan selepas kahwin.

“Kiranya Zain bahagia la kan,” kata pelakon jelita Rozita Che Wan merujuk kepada bentuk badan suaminya, Zain Saidin yang kelihatan berisi.

Rozita, 45, atau mesra disapa Che Ta berkongsi perkara itu sempena sambutan ulang tahun kelima perkahwinan mereka semalam.

“Saiz bukanlah masalah, asalkan hati sudah terpaut. Syukur atas pemberian Tuhan yang terindah.

“Terima kasih kerana menemaniku dalam setiap hari-hari yang penuh cinta,” katanya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Che Ta berkata ketika dia menjadi Miss Malaysia Intercontinental 1992, Zain baru berusia lapan tahun.

“Kalau sesiapa yang belum bertemu jodoh lagi, jangan pula menangis tepi bucu katil. Mungkin jodoh anda sedang membesar.

“Selamat ulang tahun perkahwinan sayang. Nasib baik awak sempat ‘ligan’ saya,” katanya.

Sementara itu, Zain, 34, turut berkongsi kata-kata indah buat isterinya itu.

“Selamat ulang tahun perkahwinan sayangku. Lima tahun yang cukup indah dan ada 55 tahun lagi. Saya sayang awak sangat-sangat,” kataya.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana, kini berusia empat tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Disember 2018 @ 7:33 PM