PEKERJA kilang dilaporkan cedera akibat terkena renjatan elektrik di Kamunting, Taiping, hari ini. FOTO Ihsan Pembaca
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


TIGA pekerja syarikat kontraktor penyelenggaraan kabel elektrik dilaporkan cedera akibat terkena renjatan elektrik di sebuah kilang di Kamunting, Taiping, hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting Penolong Penguasa Bomba Muhamad Yassir Adnan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 11 pagi dan bergegas ke lokasi bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat.

“Sebaik tiba di lokasi, pihak kami mengenal pasti tiga mangsa mengalami kecederaan dan melecur akibat terkena renjatan elektrik.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan kerja-kerja menyelamat mangsa sedang giat dijalankan," katanya ketika dihubungi.

Berita lanjut menyusul

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Disember 2018 @ 12:45 PM