TMJ bersama Ozil (kiri) dan Beckham (kanan) ketika melihat aksi Arsenal menentang Tottenham. -Foto ihsan Johor Souther Tigers

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyaksikan perlawanan bola sepak bersama David Beckham dan Mesut Ozil di Stadium Emirates, awal pagi tadi.

“Tunku Ismail dijemput oleh Beckham dan Ozil untuk menyaksikan perlawanan ‘North London Derby’ antara Arsenal dan Tottenham Hotspur di Stadium Emirates.

“Tunku Ismail turut menerima hadiah daripada Ozil,” menurut keterangan gambar yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers.


TMJ (kanan) menerima jersi daripada Ozil. -Foto ihsan Johor Souther Tigers

Gambar yang dimuat naik itu menyaksikan Tunku Ismail ditemani Beckham dan Ozil menonton perlawanan di tempat duduk khas di Stadium Emirates.

Gambar lain turut menyaksikan Tunku Ismail yang juga pemilik kelab, Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima sehelai jersi Arsenal dan sepasang kasut Nike daripada Ozil.

Pada perlawanan itu, Arsenal tewas 0-2 di tangan Spurs dalam aksi suku akhir Piala Liga menerusi jaringan Son Heung-min dan Dele Alli.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Disember 2018 @ 12:54 PM