Caption<STATUS yang dimuat naik Ifan Seventeen dalam akaun Instagramnya memberitahu kehilangan dua rakan, manakala isterinya belum ditemui. FOTO Ihsan Instagram IfanSeventeen
Suraya Roslan
cnews@nstp.com.my


GITARIS kumpulan Seventeen, Herma Sikumbang atau Herman dan juga pengurus pentas, Rukmana Rustam disahkan terkorban akibat tsunami.

Menerusi satu hantaran di Instagram vokalis kumpulan itu, Ifan mengesahkan Herman dan Rukmana atau Ujang terkorban dalam tragedi itu.

“Selamat jalan ko Eman (Herman), husnul khotimah. Teman semua maafkan salah Herman ya, mohon diikhlaskan dan dikirimkan doa buat arwah.

“Uje17_rukmanarustam (Ujang) juga selamat jalan jang, husnul khotimah, InsyaAllah jang, Ujang orang baik. InsyaAllah ko Eman sama Ujang ditempatkan Allah di sisinya yang paling mulia,” tulisnya. Hantaran sama turut menyentuh hati orang ramai apabila Ifan meminta pemain dram, Andi yang masih hilang supaya cepat pulang ke pangkuannya.

“Andi_seventeen cepat pulang sob, aku tinggal sendiri, please (tolong),” tulisnya.

Sebelum ini, Ifan turut mengesahkan pemain bass kumpulan itu, Bani antara yang terkorban dalam kejadian tsunami berkenaan.

Sementara itu, hantaran terbaru Ifan turut mengundang simpati orang ramai apabila hari ini adalah ulang tahun kelahiran isterinya, Dylan Sahara yang masih belum ditemui.

“Hari ini hari jadi kamu, aku mahu ucapkan kepada kamu. Cepat pulang sayang dylan_sahara,” katanya.

Lagi berita berkaitan Tragedi Tsunami Sunda

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Disember 2018 @ 8:51 PM