Harian Metro Global

ANTARA kejadian utama di luar negara sepanjang 2018.

1. Pusat beli-belah terbakar

Kebakaran besar pada 25 Mac di sebuah pusat beli belah di Moscow, Russia menyebabkan seramai 64 orang terbunuh dan sebahagian besarnya terdiri daripada murid sekolah yang meraikan sambutan cuti musim bunga.

Kebakaran dikatakan bermula sekitar jam 5 petang waktu tempatan di tingkat empat pusat beli-belah itu yang termasuk kompleks pawagam tiga skrin, tempat meluncur salji dan pusat hiburan untuk kanak- kanak.

2. Serangan bom di Surabaya

Seramai 11 orang maut dan 40 lagi cedera dalam serangan bom berani mati di tiga gereja di Surabaya, Indonesia pada pagi 13 Mei ketika penganut Kristian berkumpul.

Serangan berlaku beberapa hari selepas sekumpulan militan yang dipenjarakan membunuh lima anggota skuad antipengganas ketika menawan sebuah penjara selama 36 jam di pinggir Jakarta.


3. Perkahwinan diraja

Putera Harry dan pelakon Amerika Syarikat, Meghan Markle disatukan sebagai pasangan suami isteri dalam majlis perkahwinan diraja Britain yang diadakan di Istana Windsor pada 18 Mei lalu.

Majlis berkenaan ditonton lebih 29 juta orang di Amerika Syarikat mengatasi perkahwinan abangnya, Putera William dan Kate Middleton pada 2011, dengan 22.8 juta penonton.

4. Feri karam di Danau Toba

Feri MV Sinar Bangun karam ketika membawa penumpang di tasik Danau Toba, Sumatera,Indonesia pada 18 Jun lalu.

Misi mencari dan menyelamat hanya menemui 21 mangsa hidup dan tiga mayat, manakala 164 penumpang lagi hilang.

5. Terperangkap dalam gua

Seramai 12 pemain pasukan bola sepak remaja termasuk seorang jurulatih berjaya diselamatkan selepas terperangkap selama lebih dua minggu di dalam Gua Tham Luang di Thailand dalam satu operasi menyelamat antarabangsa pada 23 Jun lalu.


6. Pertemuan bersejarah

Korea Utara dan Korea Selatan bersetuju memuktamadkan sepenuhnya proses nyahnuklear di Semenanjung Korea serta berikrar menamatkan secara rasmi perang antara dua negara bermusuhan itu, susulan pertemuan bersejarah dua pemimpinnya, Kim Jong-un dan Moon Jae-in pada 20 September lalu.

Dua pemimpin bertemu di Panmunjom yang terletak di sempadan dua negara berkenaan sebelum Moon memimpin tangan Kim untuk melintas sem padan ke Selatan buat kali pertama.

7. Gempa bumi di Palu

Pada petang 28 September, Kota Palu di Sulawesi Tengah, Indonesia digegarkan dengan gempa magnitud 7.5 disusuli tsunami yang memusnahkan banyak kawasan.

Lebih 2,000 mayat telah ditemui dengan jumlah kematian rasmi dicatatkan 2,045 orang manakala kira-kira 5,000 orang dipercayai masih hilang .

  • Lagi berita berkaitan Palu Merintih

  • 8. Pesawat Lion Air terhempas

    Indonesia sekali lagi dikejutkan dengan tragedi buruk dalam sejarah pener bangan apabila seramai 189 penumpang dan anak kapal maut selepas pesawat Boeing 737 MAX 8 milik Lion Air menjunam ke dalam Laut Jawa kurang 20 minit selepas berlepas dari Jakarta menuju bandar Pangkal pada 29 Oktober lalu.

  • Lagi berita berkaitan Nahas Lion Air

  • 9. Cipta sejarah

    Dua ahli politik dari parti Demokrat, Ilhan Omar dan Rashida Tlaib mencipta sejarah apabila menjadi wanita Islam pertama dipilih ke Dewan Perwakilan Amerika Syarikat selepas memenangi pilihan raya pertengahan penggal yang berlangsung pada 6 November lalu.

    10. Tsunami Selat Sunda

    Lebih 370 penduduk maut, 1,000 lagi cedera, manakala puluhan bangunan rosak teruk apabila tsunami berlaku tanpa sebarang amaran di Selat Sunda, iaitu antara pulau Jawa dan Sumatera.

    Saintis berpendapat insiden tsunami di pulau Jawa itu berpunca daripada gelinciran lereng di bahagian selatan Anak Krakatau ke dalam laut beberapa minit sebelum bencana itu berlaku.

  • Lagi berita berkaitan tsunami Selat Sunda

  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Disember 2018 @ 5:35 PM