Arena HM

BANYAK perkara berlaku sepanjang 2018, sekali gus menambah pahit manis arena sukan negara dalam tempoh setahun ini.

Selain dua temasya besar - Sukan Komanwel dan Asia - perkembangan sukan di peringkat domestik juga tidak kurang hebatnya dengan pelbagai catatan menarik.

Arena menyenaraikan perkara dan insiden yang mewarnai sukan tanah air sepanjang 2018.

BOLA SEPAK

JANUARI

1. Skuad B-23 melangkah ke suku akhir Kejohanan B-23 AFC yang berlangsung di China. Malaysia tumbang 1-2 di tangan Korea Selatan di kelompok lapan terakhir.

FEBRUARI

1. JDT menjuarai Piala Sumbangsih selepas menumpaskan Kedah 2-1.


2. Bekas penjaga gol kebangsaan, Chow Chee Keong meninggal dunia.

  • 'Chee Keong macam Superman'
  • 'Penjaga gol paling sempurna'
  • Bakar terkilan pemergian Chee Keong

  • MAC

    1. Tunku Ismail Sultan Ibrahim melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan kejatuhan ranking skuad Harimau Malaya ke tangga 178 dunia.

  • Bukan janji palsu TMJ

  • JUN

    1. Bekas Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dilantik sebagai Presiden FAM.

    JULAI

    1. Pahang menjuarai Piala FA selepas mengalahkan Selangor 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

    2. Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan gelaran juara Liga Super buat kali kelima berturut-turut di Stadium Perak, Ipoh apabila mengatasi tuan rumah, 2-1.

    3. Malaysia menumpaskan Myanmar 4-3 untuk muncul juara Piala AFF B-19 di Stadium Delta Sidoarjo, Surabaya, Indonesia.

    4. Bekas ketua jurulatih kebangsaan, Chow Kwai Lam meninggal dunia akibat sakit tua.

    SEPTEMBER

    1. Jurulatih B-16, Lim Teong Kim menjadi ‘korban’ pertama susulan kegagalan anak buahnya merebut tiket ke Piala Dunia B-17 di Peru tahun depan apabila khidmatnya ditamatkan serta merta.

    OKTOBER

    1. Mohamadou Sumareh cipta sejarah sebagai pemain naturalisasi pertama beraksi dengan Harimau Malaya ketika membantu skuad Tan Cheng Hoe menumpaskan Sri Lanka 4-1 dalam aksi persahabatan di tempat lawan.


    2. Bekas Setiausaha Agung AFC, Datuk Peter Velappan meninggal dunia, pada usia 83 tahun.

    3. Perak menjuarai Piala Malaysia apabila menumpaskan Terengganu menerusi penentuan sepakan penalti 4-1 selepas terikat 3-3 dalam masa sebenar.


    NOVEMBER

    1. Skuad futsal kebangsaan muncul naib juara Kejuaraan Futsal AFF selepas tewas 2-4 kepada penyandang juara, Thailand pada aksi final.

    DISEMBER

    1. Impian Harimau Malaya untuk merangkul kejuaraan Piala AFF buat kali kedua berkubur di Hanoi apabila tewas 0-1 (agregat 2-3) kepada Vietnam pada aksi final kedua.


    Badminton

    FEBRUARI

    1. Pemain perseorangan, Zulfadli Zulkifli dan Tan Chun Seang didakwa terbabit rasuah oleh BWF.

    APRIL

    1. Datuk Lee Chong Wei dan gandingan Chow Mei Kuan-Vivian Hoo menyumbang emas Sukan Komanwel.

    MEI

    1. Zulfadli dikenakan hukuman gantung 20 tahun selain didenda AS$25,000 (RM98,358) kerana didapati bersalah mengatur perlawanan.


    2. Bekas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Tan Sri Elyas Omar meninggal dunia.

  • 'Satu kehilangan besar buat BAM'
  • Ikut jejak Elyas: Rashid

  • JULAI

    1. Datuk Lee Chong Wei menjuarai Terbuka Malaysia buat kali ke-12 selepas mengalahkan Kento Momota dari Jepun.

  • Chong Wei bukti usia sekadar angka
  • Momota ajar Chong Wei
  • SEPTEMBER

    1. Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan Datuk Lee Chong Wei menghidap kanser hidung peringkat awal.

  • Chong Wei menangis seminggu...
  • 2. Bekas pemain badminton kebangsaan, Tan Chee Tean, 24, meninggal dunia dalam kemalangan di selatan Brno, Republik Czech.

  • Badminton negara kehilangan Chee Tean
  • OKTOBER

    1. Goh Jin Wei memenangi emas pertama Malaysia pada temasya Sukan Olimpik Belia 2018 di Buenos Aires, Argentina.

    NOVEMBER

    1. Goh Jin Wei meraih gelaran juara buat kali kedua pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia.

    Hoki

    OKTOBER

    1. Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mengumumkan jurulatih dari Belanda, Roelant Oltmans sebagai ketua jurulatih baharu.

    2. Skuad hoki lima sebelah remaja memenangi emas di temasya Sukan Olimpik Belia di Beunos Aires, Argentina.

    DISEMBER

    1. Malaysia tersingkir di peringkat kumpulan Piala Dunia.

    Permotoran

    FEBRUARI

    1. Hafizh Syahrin Abdullah menjadi pelumba pertama negara menyertai saingan MotoGP.


    DISEMBER

    1. Pelumba cub prix, Hafiz Nor Azman, 22, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ketika pusingan terakhir perlumbaan di Dataran Bandar Penawar.


    MSN/ISN/MOM

    JANUARI

    1. Pakar psikologi dari United Kingdom, John Kenneth Pates memfailkan saman kepada ISN dengan bekas majikannya itu memberhentikannya pada 9 Ogos 2017 tanpa sebab dan cara yang salah.

    MEI

    1. Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria dilantik Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

    JULAI

    1. Khidmat pengerusi ISN, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi ditamatkan serta-merta.

    2. Tiga atlet menembak, Muslifah Zulkifli, Nur Ayuni Abdul Halim dan Nur Suryani Taibi memfailkan saman ke atas ISN.

    SEPTEMBER

    1. Pengarah Program Podium, Tim Newenham meletakkan jawatan.

  • 'Saya sendiri letak jawatan'
  • Lain-Lain

    FEBRUARI

    1. An Najwa Azizan melakar sejarah muncul pemain bola jaring pertama Malaysia yang beraksi di liga luar negara (Australia).

  • An Najwa cabar diri di Australia
  • MAC

    1. Penerjun negara, Ng Yan Yee gagal ujian doping Sukan SEA 2017 dan digantung selama lapan bulan.

    2. Azizulhasni Awang dan Cheong Jun Hoong dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan.


    3. Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Artem Ovechkin, menjadi pelumba pasukan tempatan pertama muncul juara keseluruhan dan pemenang jersi Kuning perlumbaan Le Tour de Langkawi 2018 (LTdL).

    APRIL

    1. Atlet angkat berat, Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad dan Muhamad Aznil Bidin memenangi emas Komanwel.


    2. Cheong Jun Hoong-Pandelela Rinong meraih emas Sukan Komanwel dalam acara 10m platform seirama.

    3. Atlet boling padang, Siti Zalina Ahmad dan Emma Firyana Saroji meraih emas Sukan Komanwel.

    4. Amy Kwan memenangi emas Sukan Komanwel acara riben.



    MEI

    1. Stadium Nasional Bukit Jalil dinobatkan sebagai Stadium Terbaik 2018 pada Anugerah Kongres Stadium Dunia di Amsterdam, Belanda.

    JULAI

    1. Datuk Nicol David memenangi emas skuasy di Sukan Asia.

    2. Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Esther Cheah meraih emas bowling di Sukan Asia.

    OGOS

    1. Sepak takraw menamatkan kemarau emas 24 tahun Malaysia selepas menumbangkan tuan rumah Indonesia pada final Sukan Asia.

    2. Azizulhasni Awang memenangi emas Sukan Asia.

    3. Mohd Fauzi Kaman Shah memenangi emas acara pelayaran kelas Open Laser 4.7 di Sukan Asia.

    SEPTEMBER

    1. Skuad skuasy lelaki memenangi emas Sukan Asia.

    NOVEMBER

    1. Atlet angkat berat, Hafifi Mansor, Mohamad Fazrul Azrie Mohdad, Muhammad Hakimie Haikal Nordin, Muhamad Zaidi Mohd Nordin dan Ronny Jesos digantung empat tahun akibat doping.

    2. Azizulhasni Awang dan Amy Kwan dinobatkan penerima Anugerah Olimpian Terbaik 2018.

    DISEMBER

    1. Syarul Azman Mahen Abdullah, Lilian Tan dan Buda Anchah merangkul empat emas keseluruhan di Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Dunia di Chiang Mai, Thailand.

    Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Disember 2018 @ 7:56 AM