Ruwaida Md Zain

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor, 57, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Hospital Kajang, 4.45 pagi, hari ini.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah berkata, jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumah keluarga di Batu 19, Jalan Sungai Lalang, Semenyih, dan akan disembahyangkan sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Pasir, Semenyih.

"Jenazah kemudian akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir.


BAKHTIAR Mohd Nor. FOTO Dewan Negeri Selangor

"Takziah kepada keluarga Allahyarham Bakhtiar. Saya berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah swt dan ditempatkan di kalangan golongan yang soleh. Al Fatihah," katanya.

Bakhtiar Mohd Noor daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menjadi wakil rakyat di Semenyih selama lapan bulan selepas mengalahkan penyandang kerusi, Datuk Johan Abd Aziz daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Mei tahun lalu dengan undi sebanyak 23,428.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 January 2019 @ 7:51 AM