ANGGOTA pasukan mencari dan menyelamat berada di lokasi penemuan SUV putih yang terhumban ke laut di Jambatan Pulau Pinang, hari ini. FOTO Hadzlihady Hassan.
Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


KENDERAAN utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 yang terjatuh selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang pagi semalam, sudah ditemui 4 petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kenderaan terbabit ditemui 15 meter dari tiang 34 jambatan itu.

Beliau berkata, setakat ini usaha untuk menaikkan SUV terbabit akan dilakukan menggunakan kren.

“Pasukan operasi dan menyelamat (SAR) kini masih menjalankan kerja mereka di lokasi kenderaan itu ditemui.

“Kami akan mengadakan sidang media dalam tempoh terdekat,” katanya ketika dihubungi.

Berita berkaitan

Hormati keluarga mangsa - Ketua Polis Pulau Pinang

Pemandu SUV dan Toyota Vios adalah rakan

Identiti pemandu SUV putih dikenal pasti [METROTV]

SUV terjunam: Pemandu Vios positif ganja [METROTV]

SUV terjunam: Operasi SAR diteruskan

Vios, SUV dipandu laju - Polis

[UPDATE] Terus kesan SUV putih tercampak ke laut [METROTV]

'Kereta tercampak ke dalam laut [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 January 2019 @ 4:50 PM