KEADAAN di lokasi mengangkat SUV putih yang terjunam ke dalam laut. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
Hadzlihady Hassan dan Mohamed Basyir
cnews@nstp.com.my


“YUN Peng, di mana kamu? Pulanglah ke rumah,” itu jeritan ibu mangsa kemalangan yang kenderaan utiliti sukan (SUV) putih dipandunya terhumban ke dalam laut di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang.

Wanita berusia lingkungan 50-an itu dilihat tidak dapat menahan emosi dan menjerit kuat ketika berada di Pangkalan Jeti Marin Batu Uban, di Georgetown, hari ini.

Bagaimanapun, ahli keluarga dilihat enggan bercakap dengan media, sebaliknya hanya berurusan dengan pegawai di jeti terbabit untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Beberapa minit kemudian, pegawai di pangkalan itu memaklumkan kepada ahli keluarga yang mereka sudah menemui SUV Mazda CX-5 putih itu hanya 15 meter jarak dari lokasi ia terjatuh

Ahli keluarga kemudian bergegas ke jambatan dan menunggu dengan sabar untuk melihat kerja menaikkan SUV terbabit.

Sementara itu, kerja mengangkat kenderaan terjunam dalam operasi SAR itu dihentikan kira-kira 7.30 malam, atas faktor keselamatan dan akan disambung semula pagi esok.

Komander Pasukan Marin Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, ia berikutan keadaan arus yang begitu deras serta masalah cuaca.

“Berikutan itu, usaha untuk menaikkan kenderaan terbabit dengan kren mengalami kesukaran.

“Usaha menaikkan kenderaan terbabit mengalami sedikit kesukaran disebabkan arus deras, selain air yang agak keruh membuatkan penglihatan pasukan penyelam tidak jelas,” katanya.

Berita berkaitan

Operasi 'angkat' SUV putih disambung esok [METROTV]

Insiden kelima sejak 2010

SUV putih sudah ditemui

Hormati keluarga mangsa - Ketua Polis Pulau Pinang

Pemandu SUV dan Toyota Vios adalah rakan

Identiti pemandu SUV putih dikenal pasti [METROTV]

SUV terjunam: Pemandu Vios positif ganja [METROTV]

Vios, SUV dipandu laju - Polis

[UPDATE] Terus kesan SUV putih tercampak ke laut [METROTV]

'Kereta tercampak ke dalam laut [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 January 2019 @ 9:27 PM