Hadzlihady Hassan


SELEPAS tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR), kenderaan utitiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 putih yang terbenam dalam laut di tiang 34 Jambatan Pulau Pinang berjaya dinaikkan, hari ini.

Kenderaan terbabit dinaikkan jam 5.50 petang dan turut kelihatan mayat mangsa Moey Yun Peng, 20, masih berada di tempat duduk pemandu.

Ia berjaya dinaikkan selepas percubaan kali kedua apabila percubaan pertama jam 5 petang gagal selepas tali tercabut dari cangkuk kren berkenaan.

Bagaimanapun, usaha gigih pasukan penyelam yang menyambung kembali tali kira-kira 30 minit kemudian membolehkan ia ditarik kren.

Orang ramai yang berada di atas jambatan turut bersorak gembira sejurus melihat Mazda CX-5 itu dinaikkan.

Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Berita berkaitan

Alamak, tali terlucut pulak...

'Tayar kiri SUV putih terbenam dalam pasir [METROTV]'

'Yun Peng, pulanglah...'

Operasi 'angkat' SUV putih disambung esok [METROTV]

Insiden kelima sejak 2010

SUV putih sudah ditemui

Hormati keluarga mangsa - Ketua Polis Pulau Pinang

Pemandu SUV dan Toyota Vios adalah rakan

Identiti pemandu SUV putih dikenal pasti [METROTV]

SUV terjunam: Pemandu Vios positif ganja [METROTV]

Vios, SUV dipandu laju - Polis

[UPDATE] Terus kesan SUV putih tercampak ke laut [METROTV]

'Kereta tercampak ke dalam laut [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 January 2019 @ 6:34 PM
KENDERAAN Mazda CX-5 putih yang terhumban ke dalam laut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang, Ahad lalu berjaya dinaikkan, hari ini.