SITI Hairunnisa di pusara Allahyarham Abdul Bari selepas pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Merbau Patah. FOTO Ghazali Kori


“ABANG... doakan kami juga ke syurga bersama abang.” Itu ungkapan syahdu dilafazkan Siti Nur Hairunnisa, 29, sebaik selesai menyiram air mawar di pusara abangnya, Allahyarham Abdul Bari Asyraf, 31.

Anak ketiga daripada lapan beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Merbau Patah, Kuala Terengganu, hari ini.

Kata Siti, pemergian abang yang diangkat masyarakat sebagai wira kerana sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan lima sekeluarga yang nyaris lemas selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, kelmarin membanggakan keluarga.

“Siapa yang tidak sedih kehilangan insan tersayang namun doa daripada masyarakat membuatkan kami gembira, terharu dan bangga.

“Dia pergi dalam keadaan baik. Seluruh dunia sayang dia. Seluruh dunia mendoakannya.

“Kami reda dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagian abang di alam barzakh,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Bagi Siti Nur Kamilah, 24, kenangan bersama arwah abangnya tetap segar dalam ingatan.

Katanya, arwah seorang abang yang sangat mengambil berat terhadap keluarga dan keprihatinannya itu meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga.

“Walaupun dia sudah berada di alam sana tetapi kami adik beradik merasakan dia seolah-olah masih bersama kami.

“Banyak kenangan bersama arwah yang sukar saya lupakan sampai bila-bila. Saya belajar di UiTM Shah Alam dan setiap kali pulang ke kampung, arwah abang yang menjemput saya di stesen bas,” katanya.

Lebih 500 ahli keluarga, saudara mara, rakan dan orang awam mengiringi pengebumian Abdul Bari Asyraf yang selesai 2.30 petang tadi.

Turut berada memberi penghormatan terakhir, pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu.

Terdahulu, jenazah Abdul Bari Asyraf dibawa ke Masjid Kampung Merbau Patah bagi sembahyang jenazah selepas jemaah menunaikan solat Zohor pada 1.45 tengah hari.

Berita berkaitan \

Abdul Bari pergi dalam syahid

'Selamat jalan wiraku'

'Teringin imamkan solat jenazah Abdul Bari'

'Ini janji Allah...'

Mayat Abdul Bari ditemui [METROTV]

Dua anjing pengesan tiba hari ini

'Kecanggihan ROV diharap kesan Abdul Bari'

'Kami sayang kamu Abdul Bari'

'Ya Allah, permudahkan pencarian Abdul Bari...'

'Rasa nak habis nafas dah...'

'VRS 2000 apungkan Mitsubishi Storm'

'`YANG aku takut jika ajal yang tibe dulu...... ''

''Saya reda dan bangga' - Bapa Abdul Bari'

'Dia tenggelam timbul pegang budak'

PPDA cari Abdul Bari pagi ini

Nekad terjun sungai selamatkan mangsa [METROTV]

'Hilang ketika selamatkan pikap terjunam ke sungai'

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Februari 2019 @ 7:21 PM