KHAIRUL Shazwali menunjukkan tiub di pinggangnya selepas menamatkan larian.
KHAIRUL Shazwali menunjukkan tiub di pinggangnya selepas menamatkan larian.

Redzuan Muharam

[email protected]

SERI KEMBANGAN: Masalah kegagalan buah pinggang dihidapi sebelum ini sedikitpun tidak menghalang jurutera, Khairul Shazwali Taib, 33, untuk aktif dalam acara larian.

Malah, semangat bapa dua anak itu dapat dilihat apabila menyertai larian walaupun dengan tiub yang dipasang pada badannya.

Menurut Khairul Shazwali, penyertaan dalam kejohanan larian itu didorong keinginan untuk aktif kerana minatnya terhadap sukan.

“Dulu, saya aktif bermain ragbi, malah pernah menyertai pelbagai kejohanan sehingga peringkat negeri.

“Namun, saya tidak lagi bermain sukan berkenaan sejak disahkan mengalami masalah kegagalan buah pinggang pada pertengahan 2016 atas nasihat doktor.

“Sukar juga untuk menerima hakikat itu pada mulanya hingga saya jadi murung, selalu termenung dan lebih suka menyendiri tetapi dapat membiasakan diri selepas tempoh setahun,” katanya.

NOORZAINY (dua dari kiri) menunjukkan barangan yang dirampas dari geng ‘Tanker’ di bilik media Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Kepala Batas, Pulau Pinang. -Foto RAMDZAN MASIAM
NOORZAINY (dua dari kiri) menunjukkan barangan yang dirampas dari geng ‘Tanker’ di bilik media Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Kepala Batas, Pulau Pinang. -Foto RAMDZAN MASIAM

Khairul Shazwali berkata, meskipun tidak dapat bermain ragbi, dia tetap mencari peluang aktif dalam sukan dengan menyertai kejohanan larian bermula 2017.

Demi mengelak risiko yang boleh menjejaskan kesihatannya, Khairul Shazwali mendapatkan nasihat doktor terlebih dulu sebelum meneruskan niatnya untuk menyertai kejohanan larian.

“Sukan sudah sebati dengan diri saya, jadi minat itu tidak pernah terhenti sungguhpun selepas disahkan menghidap masalah buah pinggang.

“Cuma, niat itu terbantut berikutan masalah kesihatan ditambah dengan rawatan dialisis yang perlu dilakukan tetapi selepas mendapatkan nasihat doktor, saya nekad aktif mencuba sukan larian bermula dengan kategori dua kilometer (KM).

“Pada mulanya, saya rasa kurang selesa untuk berlari kerana ada tiub yang dipasang di badan namun dapat membiasakan diri dengan persediaan rapi sebelum menyertai kejohanan,” katanya.

KHAIRUL Shazwali bersama isteri, Juliwar Idrus, 32, dan anak Hawra Naaila, 4, (berdiri) dan Huffaz Nuh, 6 bulan.
KHAIRUL Shazwali bersama isteri, Juliwar Idrus, 32, dan anak Hawra Naaila, 4, (berdiri) dan Huffaz Nuh, 6 bulan.

Khairul Shazwali berkata, dia tidak menyertai kejohanan untuk meraih kemenangan, sebaliknya menjadikan rutin itu bagi mengekalkan stamina.

“Selain itu, saya juga mahu memberi inspirasi kepada masyarakat di luar sana supaya sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat walaupun mempunyai penyakit.

“Walaupun ibu saya (Zainab Othman, 68) agak risau pada mulanya namun dia akhirnya faham malah memberi sokongan begitu dengan isteri.

“Buat masa ini, saya berehat sementara daripada menyertai acara larian kerana baru selesai menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang pada bulan lalu namun akan kembali aktif selepas keadaan stabil,” katanya yang berazam mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) dengan menjadi individu pertama berlari bersama tiub di pinggang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Februari 2019 @ 7:01 AM
Digital NSTP Subscribe