Biman Bangladesh Airlines yang mendarat cemas di Chittagong. - Foto Facebook
Agensi

Dhaka: Seorang lelaki bersenjata api dipercayai pistol dilapor cuba merampas pesawat sebuah syarikat penerbangan Bangladesh, Biman Bangladesh Airlines, yang dalam penerbangan ke Dubai dari sini.

AFP melaporkan, menurut laporan media Bangladesh, lelaki terbabit cuba menyerbu masuk ke dalam kokpit penerbangan BG 147 itu.

Menurut Daily Mail, pesawat terbabit melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Shah Amanat, Chittagong di timur Bangladesh.

Dhaka Tribune melaporkan, sebaik mendarat, anggota keselamatan mengepung pesawat terbabit dan menurut laporan media, semua penumpang sudah diturunkan dari pesawat.

Bagaimanapun, lelaki bersenjata itu masih berada dalam pesawat bersama dua anak kapal.

Berita lanjut akan menyusul.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Februari 2019 @ 9:36 PM