ANGKA kematian dijangka meningkat kerana ramai mangsa yang cedera masih berada dalam keadaan kritikal. FOTO AFP
Agensi

CHRISTCHURCH: Jumlah korban dalam kejadian serangan pengganas di dua buah masjid di New Zealand meningkat kepada 49 orang.

Pihak berkuasa New Zealand memberitahu, lebih 20 orang lagi dilaporkan cedera akibat ditembak dan kini dirawat di hospital.

Angka kematian juga dijangka meningkat kerana ramai mangsa yang cedera itu berada dalam keadaan kritikal.

Penyerang bersenjatakan raifal automatik menyerbu dua buah masjid yang penuh dengan jemaah sebelum melepaskan tembakan rambang.

Lelaki warga Australia berusia 28 tahun yang menggunakan nama Brenton Tarrant di Twitter turut menyiarkan serangan itu secara langsung di media sosial.

Polis Australia mengesahkan empat orang ditangkap kerana disyaki terbabit dalam serangan itu.

Berita berkaitan

'Saya hanya nak suami selamat'

[UPDATE] Tiada rakyat kita maut setakat ini

[UPDATE] 40 maut, lebih 20 cedera

Azmin kutuk kejadian tembakan rambang

Wajah pengganas

'Suami biasa solat di masjid itu'

[UPDATE] Seorang rakyat kita cedera

Periksa rakan dan ahli keluarga di Christchurch

Tembakan dalam masjid di New Zealand

Siar serangan secara langsung

Peluru lintas kepala

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mac 2019 @ 4:56 PM