FOTO Hiasan.
Suhaila Shahrul Annuar


HARGA runcit petrol RON97, RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.63 seliter, RM2.08 dan RM2.18 seliter mulai tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di Putrajaya, hari ini, berkata, harga runcit produk petroleum yang ditetapkan itu adalah bagi tempoh 6 April sehingga 12 April ini.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 6 April sehingga 12 April ini sepatutnya masing-masing adalah sebanyak RM2.33 seliter dan RM2.36 seliter iaitu sama dengan harga minggu sebelumnya.

“Namun, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 April 2019 @ 5:32 PM