ALLAHYARHAM Shaharudin. FOTO ihsan FB Ustaz Idris Ahmad
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
cnews@nstp.com.my


SEORANG jemaah yang juga tukang masak Masjid Nurul Hidayah, Sungai Bemban, Trong, Taiping meninggal dunia pada rakaat kedua solat Isyak di masjid berkenaan malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, Shaharudin Nordin, 65, meninggal dunia akibat serangan jantung.

Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu, malam tadi.

Katanya, maklumat diperoleh mendapati mangsa secara tiba-tiba rebah dipercayai diserang sakit jantung.

"Mangsa meninggal dunia ketika sedang solat Isyak dan punca kematian adalah disebabkan serangan jantung," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Sementara itu, penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Razi berkata, arwah memang amat dikenali kerana dia adalah tukang masak masjid.

Katanya, arwah akan memasak untuk majlis di masjid dan seorang individu yang sangat baik serta disenangi semua penduduk.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mei 2019 @ 4:01 PM