ANGGOTA Bomba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam kemalangan FOTO Imran Makhzan
Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my


EMPAT maut dan seorang cedera dalam kemalangan dua kereta berhampiran tempat pembuangan sampah di Kampung Sungai Ikan, Kuala Nerus, hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku 9.20 pagi tadi membabitkan kereta Peugeot dan Proton Aeroback.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba Rozizah Abni Hajar berkata, pihaknya menerima panggilan pada 9.30 pagi sebelum 11 anggota bersama satu jentera dan sebuah ambulan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kita mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum menyerahkan mayat kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Bagaimanapun, identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mei 2019 @ 12:19 PM