FATHIA Latiff.
FATHIA Latiff.
Rudy Imran Shamsudin


PELAKON kontroversi Fathia Latiff memohon maaf kerana terpaksa ‘membuang’ rakan-rakannya sebelum ini termasuklah seorang pelakon popular bagi memastikan dia dapat terus bertahan dalam industri hiburan.

Fathia ketika ditemui mengakui tersalah memilih kawan menyebabkan reputasinya rosak dan terkait dengan pelbagai kontroversi sehingga membuatkan banyak pihak sangsi dengan disiplin dan bakatnya.

“Dulu saya naif dan terima siapa saja yang mahu berkawan dengan saya. Namun, tanpa saya sedari mereka sebenarnya cuba mengambil kesempatan terhadap saya.

“Kebanyakan mereka guna gambar saya, menjaja cerita demi kepentingan peribadi untuk mendapatkan populariti. Bagi saya, populariti itu bukan lagi keutamaan dalam hidup,” katanya.

Fathia berkata, dia terpaksa melakukan perkara itu kerana terlalu sayang dan mahu terus kekal bekerja dalam bidang hiburan.

“Apabila nama saya rosak, penggiat seni termasuk penerbit dan pengarah mula tidak percaya kepada bakat dan cara saya bekerja. Saya harus menyayangi diri saya terlebih dulu sebelum saya mahu memikirkan orang lain.

“Bagi mengelak perkara ini berterusan, saya terpaksa melakukan pengorbanan dengan meninggalkan dan membuang kawan-kawan saya sebelum ini supaya saya dapat kembali dan menumpukan perhatian kepada hidup dan kerjaya,” katanya.

Menurut Fathia, selepas apa yang berlaku, dia mula matang dan berfikir bahawa rakan bukan lagi keutamaan dan disebabkan itu dia nekad untuk menjauhkan diri.

“Selama dua tahun saya menjauhkan diri daripada mereka, tapi dalam waktu sama mereka termasuklah pelakon itu terus mengaitkan saya dengan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan reputasi dan maruah.

“Mereka gunakan gambar saya dan mereka menjaja cerita buruk saya. Jelas sekali cuba mempergunakan saya untuk kepentingan peribadi. Cukup-cukuplah! Saya sudah tidak mahu lagi perkara seperti itu terus berlaku,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Jun 2019 @ 8:41 PM
Digital NSTP Subscribe