TENGKU Besar Putra Selangor Tengku Ismail Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj. FOTO ihsan Facebook Royal Selangor Official.


AYAHANDA saudara kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah iaitu Tengku Besar Putra Selangor Tengku Ismail Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj mangkat pada 8 malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan menerusi status di laman Facebook Royal Selangor, kira-kira dua jam lalu.

Menerusi status itu turut memaklumkan Almarhum Tengku Ismail Shah mangkat pada usia 84 tahun di Pusat Perubatan Subang Jaya kerana sakit tua.

Jenazah Almarhum dijangka dimakamkan di Makam Diraja, Klang, hari ini.

Tengku Ismail Shah yang diputerakan pada 26 Jun 1935 adalah anakanda kepada Sultan Selangor yang ke-tujuh, Sultan Hisamuddin Alam Shah serta adinda kepada Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Julai 2019 @ 12:32 AM