KUALA LUMPUR.18 OKTOBER 2018. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali selepas pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) di Dewan Rakyat, Parlimen. NSTP/ASYRAF HAMZAH


“ALHAMDULILLAH, syukur,” kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi status di laman rasmi Twitternya.

Menerusi status itu, Mohamed Azmin dipercayai merujuk kepada hasil laporan analisis pakar ke atas video seks membabitkan bekas Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dan lelaki yang dikatakan mirip sepertinya.

Setakat 9.15 malam tadi, status berkenaan mendapat 119 ulang ciap, 351 tanda suka dan pelbagai reaksi daripada warganet.

Video hubungan songsang yang tular di media sosial sejak 13 Jun lalu didakwa antara Haziq Abdullah dengan lelaki yang dikatakan mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu, bagaimanapun Mohamed Azmin menafikan tuduhan berkenaan.

Terdahulu portal Harian Metro melaporkan kenyataan, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador yang memaklumkan kebarangkalian video yang dimaksudkan itu tulen (authentic) adalah tinggi selepas menerima hasil analisis yang dijalankan CyberSecurity Malaysia (SyberSecurity).

Dalam laporan itu menyebut, hasil proses pengecaman wajah (facial recognition) dijalankan adalah negatif, susulan itu polis tidak dapat mengaitkan pelaku di dalam video itu dengan individu yang dimaksudkan.


STATUS yang dimuat naik Mohamed Azmin di Twitter. FOTO Twitter

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Julai 2019 @ 9:37 PM